- Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.
- Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
- Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
- Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.
- Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.
- Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.
Sunday, August 30, 2009
CARA MENGENALI KEAIBAN DIRI
INGATLAH WAHAI INSAN
Hadis riwayat Al-Hakim & Abu Naim.
ADAKAH KITA SIBUK???
Rasulullah sibuk kerana:
Wallahualam...
Friday, August 28, 2009
AMALAN IBADAT YANG MENGHAPUSKAN DOSA
1) WUDUK
2) AZAN
3) BERJALAN KE MASJID/SURAU
5) SOLAT JUMAAT
6) MEMBACA AMIN
7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
8) QIAMULLAIL
9) SOLAT TAUBAT
Wednesday, August 26, 2009
KON$ENTRA$!KU TERGANGGU (~.*)
Jatuh cinta
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Ya Rabbi...
Tuesday, August 25, 2009
$URAT ADAM UNTUK HAWA
Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta. Setelah sekian lama mebenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk. Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas...terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa siling yang menghalang...
Hawa...
Bukan ku tewas dengan ribut angin alam yang kencang. Ku ibaratkan diriku helang gagah perkasa di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat....ah, belum lagi patah, ku tidak mampu menongkah ribut modenisasi dan globalisasi mengikut haluanku....Hawa....
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan coretan. Terbang di langit tanpa batasan, sering ku terbabas ke angkasa larangan. Kuharapkan teguran dan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan, tapi tafakurku sejenak di pohonan...Hawa.....
Seandainya kuperlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi...maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya. Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan. Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan. Ah, memang kaumku mudah mempercayai pada mata. Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?? Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibalut tubuhnya dengan helaian sutera yang indah, yang telah diharamkan untukku menyarungnya? Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapakah tidak ramai kaumku yang kelihatan memakan pakaian menampakkan ketulan badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak banyak....?Hawa......
Terkadang, tak kurang dikalanganmu yang amat tinggi malunya. Indah etikanya di khayalak. Sutera kausarung menghijap keindahan susukmu dari mata keranjang kaumku. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab,hatimu bertelanjang tanpa mahmudah...Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain. Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan.....Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap? Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri...walhal hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan.....kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku...Hawa.....
ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki...bukan jugamerungkai paruh berbisa yang menyambar....Tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri. Aku akur dengan nasihat dan peringatanmu, di kala itu akurlah dengan peringatanku padamu....Hawa...
kerana kau adalah IBU yang mengandung dan melahirkan...
kerana dalam ribaanmu aku dibesarkan...
kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara
kerana kau adalah taman nafsuku yang bergelora
kerana kau adalah aset masyarakat yang mengundang ujian
kerana kau ibarat hiasan indah nak intan berlian...Kau bukanlah fitnah,sebagaimana yang kaummu silap memahami bicara Rasul agung... Namun fitnah yang dimengertikan oleh Rasul adalah aset yang amat bernilai, ibarat harta yang mengundang ujian pada hati dan ujian antara hati...
Ubatilah dirimu.....
agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam...
dengan kedua-dua sayapku....
Agar bukan sahaja kudapat menongkah ribut...
bahkan sayapku kibar...
boleh mencipta ribut......
pengalaman wat blog (~.^)
Masa 1st time wat blog ni aku jengok2 la member2 punya blog..tiru sket2 ape yg bezz..mmg power la diorang pny blog, teruja tgk..2 yg m'dorong aku buat blog ni..w'pon x seberapa tp aku bangga sbb berjaya wat blog..bezz gak ada blog ni, cam diari..aku leh tulih je ape2 pon selagi x menyentuh hal2 org lain @ sensitiviti perkauman..hu3..b'falsampah la pulak..(AMARAN DR PIHAK PENAJA: jgn gn bhs ini, blh merosakkn bhs Melayu..hu3..ada kesedaran gak ni..)
Ku mengharap cintaku pada-Mu akan pulih...
Tuhan, aku menghadap pada-Mu bukan hanya di saat-saat aku cinta pada-Mu, tetapi juga di saat aku tidak cinta dan tidak mengerti tentang diri-Mu, di saat-saat aku seolah-olah memberontak terhadap kekuasaan-Mu. Dengan demikian, Rabbi, aku mengharap cintaku pada-Mu akan pulih semula. Aku tidak mampu lagi menunggu cinta untuk sebuah solat.~ Ahmad Wahib, 18 Mei 1969
Monday, August 24, 2009
SURAT HAWA UTK ADAM
Saturday, August 22, 2009
test ur eye...
imej ape yg anda nmpk? cuba teka...(kapal atau jambatan)
ni ape plak..ada berapa muka yg korang nmpk??
cuba kira berapa ekor binatang yg korang nampak..
burung helang dan muka manusia
serigala di dalam perut binatang lain..ada berapa ekor2
cuba teka ada berapa ekor singa kat sini
cuba baca tulisan yg tertera di skrin komputer/laptop korang.. 1st Ramadhan..
19 hadis Nabi mengenai wanita
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
- Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
dgr taklimat b'sama En. Zul..
hmm..ape lg ye nk ckp ni..xde idea dh..sbb mata pon dh ngantuk, so ape tunggu lg..paham2 je la..zzzzz
Opss...t'lupe lak nk kabor, mse perjumpaan 2 sempat gak la b'gmbr ngn housemate..bab b'posing dpn kamera mmg no 1 tp klu bab dgr crmh ni no 1 gak tp no 1 dr blkg la..he3.
ni pic aku ngn housemate..dh 2 sem aku dok serumah ngn diorg.. (dr kiri Jane, Aini, Wyn)$ELAMANYA BER$AHABAT...
H1N1 pny pasal...

ya RAMADHAN,1430H
- fmly t'syg
- kak angkatku yg t'syg (Kak Sal)
- shbt baikku di kg (Ella, Z & Mielah)
- GC (Sa, Bell, Ezs, Mai, Emi & Sha)
- fmly angkt di Bagan Baharu Selama, Felda Lepang Nenering & Kg Sepat
- shbt2 yg mengenali diriku






