Monday, October 5, 2009

Kalau kuasa tuhan sentiasa berada di hati

KALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa di hati
Kebesaran-NYA memenuhi hati manusia
Nikmat-NYA dan rahmat-NYA..
sentiasa hati terasa malu
dan malu menerimanya

Iradah Tuhan itu terasa oleh hati ia pasti berlaku
Qahhar dan Jabbar-NYA
sentiasa mengerunkan hati manusia
Balasan dan hukuman-NYA
bila bila boleh berlaku
terhadap hamba hamba-NYA

Hati benar benar rasa kecut dan menakutkan
Gementar dan mengeletar hati merasakan
Apakah hati macam ini boleh di lalaikan?
Apakah hati begini boleh di tipu daya oleh nafsu dan syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi oleh dunia dan nikmanya?
Sudah tentu tidak,sekali lagi tidak
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara
Tuhan akan menjaganya,
Tuhan akan memeliharanya
Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan
Lalainya tiada,kecuali sedikit sahaja
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul
Inilah di katakan hati(jiwa)
yang hidup dan jaga
Jagalah hati dan jiwa
jangan sampai dia mati

Atau jagalah dia....
jangan sampai dia buta

No comments:

Post a Comment