Assalamualaikum wbt..
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
- Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.Perkara yang anda tak perasan atau saja tak ada perasaan....
- Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
- Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
- Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
- Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
- Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
- Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..
- Anda seorang yang istimewa dan unik.
- Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
- Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, Ada hikmah di sebaliknya.
- Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
- Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.
- Kenanglah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
- Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan berasa senang apabila seseorang mengetahuinya.
- Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.






No comments:
Post a Comment