Bermaksud:Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang 5 waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika dipukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang 5 waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya 3 kali.






No comments:
Post a Comment