Alhamdulilalh, aku bersyukur kepada-Nya kerana diberi peluang untuk menawan dua puncak gunung iaitu Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi aku ingin meneruskan minatku untuk menawan gunung-gunung lain pula. Moga hasratku tercapai. Amin...
Banyak pengalaman dan cabaran yang terpaksa diharungi untuk sampai ke puncak. Gunung Kinabalu vs Gunung Tahan banyak bezanya. Gunung Kinabalu merupakan gunung ke 4 tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095 meter manakala Gunung Tahan pula merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2187 meter.
Pengalaman Menawan Gunung Kinabalu pada 5 JAN 2009.- program pada 3-7 Jan 2009
- 18 orang peserta KAB berjaya menawan Gunung Kinabalu tepat jam 5.20 pagi pada 5 Jan 2009.
- perjalanan yang agak mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama mendaki gunung.
- menginap di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
- suhu sangat sejuk dan terpaksa memakai pakaian yang tebal untuk menampung kesejukan.
- pergi ke Pulau Manukan dan merasai pengalaman snorkelling
- melawat UMS dan melihat persekitaran UMS yang sangat cantik.
- shopping dan menghabiskan duit di Filipine Market untuk membeli ole-ole buat keluarga dan kawan-kawan.
Sabah di bawah bayu
Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu..Lows Peak
Donkey Ears
Laban Rata
Pengalaman Mendaki Gunung Tahan pada 17 FEB 2010.
- 33 orang peserta Kolej Aminuddin Baki, UPSI menyertai Eksplorasi Gunung Tahan.
- program bermula 13-20 FEB 2010
- tiba di puncak Gunung Tahan pada 17 FEB 2010
- terpaksa meredah 28 bukit, mengharungi 8 sungai dan 8 gunung sebelum samapi ke puncak.
- bersama mengharungi susah senang bersama kawan-kawan dan En. Zul pengetua kolej kediaman. Thanks to all
- dapat guide yang best dan sporting. Diorang siap bangi makanan lagi.he3.. Thanks Abang Awang, Abang Kamarul and Abang Anan.
- dpt ahli group yang best and pandai masak dalam hutan. Thanks juga kat korang...(Ida, Dee, Jali, Din, Sahal, Hafiz, AK and Izzati)
- pengalaman yang PALING tak dapat dilupakan ialah minum air lopak (warna sebijik macam air teh). Tapi untuk meneruskan hidup kami terpaksa minum juga...huhu...
- makan sawi hutan sebagai sayur tambahan serat menambahkan tenaga.
- dapat kenal pokok tongkat ali
- perjalanan selama 8 hari banyak menguji kesabaran dan emosi.
- mengajar erti kesusahan dan kesenangan hidup.
- dapat banyak pengalaman yang berguna untuk masa hadapan
rehat sebentar mengelap peluh..











No comments:
Post a Comment