Monday, March 1, 2010

Kerana dadah hidup merana...

MENJALANI hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan sempurna pastinya menjadi impian semua orang. Namun ia juga boleh mengundang padah jika tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya.

Fairuz (bukan nama sebenar), 42, mempunyai segala-galanya dalam hidup. Dilahirkan dalam keluarga mewah, kerjaya yang memberi pendapatan lima angka, dua isteri dan tiga anak sudah cukup untuk menggambarkan tentang kejayaan hidupnya.

Namun begitu, seperti insan lain yang tidak sempurna, Fairuz terjebak jua dengan pengambilan dadah dan hanya terdetik untuk berubah setelah kegiatannya dihidu pihak majikan akibat khayal pil ekstasi di pejabatnya beberapa bulan lalu.

“Saya mula dikenalkan dengan kokain seawal usia 17 tahun oleh bekas isteri saya yang berketurunan Belanda. Ketika itu saya menetap di Amsterdam setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bila tengok dia (bekas isteri) hisap kokain, saya pun jadi teruja untuk mencuba. Dari situlah saya mula gian dengan benda tu.

“Keluarga saya langsung tak pernah tahu yang saya ambil dadah. Apa sahaja kemahuan saya, mereka akan turuti. Malah, sepanjang tiga tahun berada di sana, saya hanya berseronok dan tak perlu bekerja langsung kerana semuanya sudah tersedia,” ujarnya yang pernah berkahwin muda ketika berada di Belanda.

Terus terjebak

Seperti kata orang, sekali terjebak bukan mudah untuk kembali ke pangkal jalan. Kekhilafan itulah yang terus dilakukan Fairuz apabila dia menjadikan kerjayanya sebagai tiket untuk terus bergelumang di dalam kancah dadah.

Fairuz memberitahu dia bernasib baik tidak ke tali gantung kerana sering ke luar negara untuk mendapatkan dadah jenis kokain seberat 300 gram untuk dikongsi bersama sepupunya yang merupakan seorang doktor.

“Bukan senang untuk berhenti. Lebih-lebih lagi bila dapat kerja yang memudahkan ‘urusan’ dilakukan. Mungkin laluan untuk saya memboloskan diri terlalu banyak menyebabkan saya sukar untuk berubah.

“Dari segi kesihatan, penghisap kokain perlu menjalani pemeriksaan setiap lapan bulan sekali untuk memastikan tiada darah beku di dalam otak.

“Jadi, setiap lapan bulan saya akan pergi ke hospital untuk jalani pemeriksaan yang dibuat oleh sepupu saya sendiri. Sebab tu saya tak pernah tertangkap dan mempunyai tubuh badan yang sihat tanpa dikesan sesiapa.

“Walaupun saya berhabis sebanyak RM9,000 sebulan untuk dadah tetapi tak pernah langsung rasa terbeban kerana kewangan saya yang kukuh.

“Pihak berkuasa? Mereka takkan syaki apa-apa sebab saya ada permit yang memudahkan saya pergi ke mana-mana negara tanpa sekatan,” tuturnya yang sering ke negara gajah putih untuk mendapatkan bekalan dadah.

Rumah tangga kali keduanya yang diserikan dengan kehadiran dua isteri dan tiga anak perempuan tetap tidak dapat menghentikan tabiatnya yang gian menghisap dadah.

Simpan rahsia

Menurut Fairuz, keluarganya termasuk anak-anak tidak pernah tahu tentang penglibatannya dengan dadah dan mereka hanya tahu dia bekerja di luar negara serta tidak dapat pulang ke pangkuan mereka untuk satu tempoh yang agak lama akibat kesibukan kerja.

“Saya menyimpan rahsia ini selama 17 tahun daripada pengetahuan isteri, namun apabila sudah diketahui pihak majikan saya terpaksa berterus-terang dengan isteri dan mujurlah mereka masih menerima saya.

“Saya dan isteri juga telah berpakat untuk menyimpan rahsia ini daripada anak-anak. Lagipun mereka faham kerja saya yang sibuk dan sering ke luar negara,” kata bekas kakitangan kerajaan ini.

Masih beruntung, Fairuz diberi cuti selama setahun lima bulan dengan separuh gaji untuk mengubati ketagihannya itu dengan memasuki pusat pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspem), Sungai Besi di bawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak empat bulan lalu.

“Mungkin inilah titik mula untuk saya berubah kerana selama 17 tahun ini, saya tidak pernah mencuba untuk berhenti menagih dadah.

“Anak sulung saya juga bakal berkahwin pada tahun depan. Saya risau apabila memikirkan tentang masa depan mereka kalau saya terus terjebak dengan najis ini.

“Saya turut bersyukur kerana majikan tidak memecat saya walaupun sudah mengetahui hakikat ini,” ucapnya yang kesal dengan perbuatannya itu.

Katanya lagi, dia bercadang meninggalkan kerjayanya sekarang selepas keluar dari Puspem kerana menganggap kerjayanya itu sebagai peluang untuknya terus terjebak dengan dadah.

“Saya ingin kembali ke pangkuan keluarga untuk memulakan hidup baru dan merapatkan kembali hubungan dengan anak-anak yang begitu jauh ketika ini akibat sikap saya yang tidak ambil peduli. Malah mereka seperti tidak mengenali saya lagi.

“Saya juga ingin kembali mendekatkan diri dengan Tuhan setelah sekian lama mengabaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam selain tidak mahu terlepas melihat anak-anak saya membesar di depan mata,” luahnya yang turut merancang untuk membuka sebuah restoran setelah selesai menjalani pemulihan kelak.

Sumber: Oleh DEWI ABDUL RAHMAN
dewi.abdulrahman@kosmo.com.my

Pendakian yang menguji kesabaran...

Alhamdulilalh, aku bersyukur kepada-Nya kerana diberi peluang untuk menawan dua puncak gunung iaitu Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi aku ingin meneruskan minatku untuk menawan gunung-gunung lain pula. Moga hasratku tercapai. Amin...

Banyak pengalaman dan cabaran yang terpaksa diharungi untuk sampai ke puncak. Gunung Kinabalu vs Gunung Tahan banyak bezanya. Gunung Kinabalu merupakan gunung ke 4 tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095 meter manakala Gunung Tahan pula merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2187 meter.
Pengalaman Menawan Gunung Kinabalu pada 5 JAN 20
09.
  • program pada 3-7 Jan 2009
  • 18 orang peserta KAB berjaya menawan Gunung Kinabalu tepat jam 5.20 pagi pada 5 Jan 2009.
  • perjalanan yang agak mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama mendaki gunung.
  • menginap di Laban Rata sebelum meneruskan pendakian ke puncak.
  • suhu sangat sejuk dan terpaksa memakai pakaian yang tebal untuk menampung kesejukan.
  • pergi ke Pulau Manukan dan merasai pengalaman snorkelling
  • melawat UMS dan melihat persekitaran UMS yang sangat cantik.
  • shopping dan menghabiskan duit di Filipine Market untuk membeli ole-ole buat keluarga dan kawan-kawan.
Sabah di bawah bayu
Subhanallah, indahnya ciptaan-Mu..
Lows Peak
Donkey Ears
Laban Rata

Pengalaman Mendaki Gunung Tahan pada 17 FEB 2010.
  • 33 orang peserta Kolej Aminuddin Baki, UPSI menyertai Eksplorasi Gunung Tahan.
  • program bermula 13-20 FEB 2010
  • tiba di puncak Gunung Tahan pada 17 FEB 2010
  • terpaksa meredah 28 bukit, mengharungi 8 sungai dan 8 gunung sebelum samapi ke puncak.
  • bersama mengharungi susah senang bersama kawan-kawan dan En. Zul pengetua kolej kediaman. Thanks to all
  • dapat guide yang best dan sporting. Diorang siap bangi makanan lagi.he3.. Thanks Abang Awang, Abang Kamarul and Abang Anan.
  • dpt ahli group yang best and pandai masak dalam hutan. Thanks juga kat korang...(Ida, Dee, Jali, Din, Sahal, Hafiz, AK and Izzati)
  • pengalaman yang PALING tak dapat dilupakan ialah minum air lopak (warna sebijik macam air teh). Tapi untuk meneruskan hidup kami terpaksa minum juga...huhu...
  • makan sawi hutan sebagai sayur tambahan serat menambahkan tenaga.
  • dapat kenal pokok tongkat ali
  • perjalanan selama 8 hari banyak menguji kesabaran dan emosi.
  • mengajar erti kesusahan dan kesenangan hidup.
  • dapat banyak pengalaman yang berguna untuk masa hadapan
Kenangan bersama peserta Eksplorasi Gunung Tahan KAB.
  • _aku di Puncak Tahan_
bersama Hendry yg banyak memberi sokongan.
Thanks sebab nyanyikan lagu2 semangat untuk akak =)

with group members. Congrate..
rehat sebentar mengelap peluh..

500 sekolah taraf lima bintang

PUTRAJAYA 12 Feb. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.

Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja.

"Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.

Apa nak jadi dunia sekarang??

SELEPAS siri laporan kes buang bayi, negara dikejutkan dengan pembunuhan sadis kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun Syafiah Humairah Sahari. Allahyarham disyaki didera banyak kali sebelum dilihat disepak seperti bola dan dipijak sehingga mati.

Berdasarkan laporan media, Allahyarham dilihat oleh saksi dibelasah di padang bola oleh teman lelaki ibunya yang didapati positif dadah jenis ganja.

Ini bukanlah kali pertama kes seorang kanak-kanak mati akibat perbuatan teman lelaki si ibu. Oktober tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan sama usia dengan Allahyarham, Aaliyah Aiman Hussin Abdullah mati akibat didera, dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya, seorang warga Sudan. Kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur.

Warga Sudan berkenaan kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ibu kanak-kanak malang itu bagaimanapun bebas dari sebarang tuduhan.

Ekoran kes Aaliyah Aiman Oktober lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ada memberikan peringatan kepada semua ibu tunggal supaya tidak meninggalkan anak perempuan mereka sewenang-wenangnya bersama teman lelaki ketika keluar bekerja.

"Senario seorang ibu meninggalkan anak perempuan bersama teman lelaki ketika keluar bekerja merupakan satu fenomena sosial yang membimbangkan. Keadaan ini membahayakan seorang kanak-kanak.

"Jangan tunggu mati baru hendak ambil tindakan. Saya minta ahli keluarga, jiran, pengamal perubatan dan mereka yang mendapati mana-mana kanak-kanak berada dalam persekitaran yang membahayakan supaya membuat laporan.

''Kegagalan membuat laporan boleh dianggap melanggar undang-undang," itu antara peringatan yang dikeluarkan Shahrizat berhubung kes Aaliyah Aiman tahun lalu.

Shahrizat mengeluarkan peringatan berkenaan kerana kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkan adalah amat membimbangkan kebelakangan ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat bahawa kementeriannya mempunyai talian khusus untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penganiayaan iaitu Talian Nur 15999.

Namun, kes yang menimpa Syafiah Humairah baru-baru ini membuktikan peringatan yang diberikan oleh Shahrizat tahun lalu langsung tidak diendahkan oleh semua pihak.

Apatah lagi hanya selepas kematian kanak-kanak malang itu beberapa pihak mendakwa pernah terlihat tanda-tanda penderaan pada tubuh mangsa sebelum mangsa terbunuh.

Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Khamsiah Ismail menyifatkan, perbuatan mendera kanak-kanak dengan sadis adalah tidak rasional dan berkemungkinan disebabkan fikiran atau keadaan mental yang tidak lagi dapat berfungsi.

''Seseorang yang berfikirkan normal tidak akan memperlakukan kanak-kanak sedemikian rupa," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Kamilia Ibrahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada mana-mana individu yang mencurigakan kerana dikhuatiri individu berkenaan berada di bawah pengaruh dadah.

''Tindakan mereka yang di bawah pengaruh dadah sukar dijangka. Ada kalanya mereka berhalusinasi dan tidak menyedari apa yang sedang mereka sendiri lakukan sehingga menyebabkan mereka mengambil tindakan yang tidak normal dan rasional.

''Kita pernah terbaca laporan penagih dadah membunuh ahli keluarga mereka sendiri seperti ibu dan ayah serta melakukan jenayah rompak dan ragut sebelum ini,'' katanya.

Jelas Kamilia, keadaan ini berlaku apabila penagih dadah berkenaan tidak lagi dapat berfikir bahawa mereka membahayakan orang lain.

''Oleh itu, mereka yang lemah dan tidak mampu untuk mempertahankan diri seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu dijauhi daripada penagih dadah demi keselamatan.

''Adalah sangat berbahaya untuk membiarkan golongan yang lemah berdepan dengan mereka yang berada di bawah pengaruh dadah," katanya.

Beliau menambah, kes Syafiah Humairah perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak terutamanya dalam membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat.

Jelas Kamilia, mereka yang mendapati salah seorang ahli keluarga atau kenalan rapat menagih dadah juga perlu membuat laporan kepada Pemadam atau mana-mana agensi pencegahan dadah.

''Penagih dadah perlu ditangani oleh pihak profesional dan bukannya melalui nasihat, pujukan atau bantuan ahli keluarga serta rakan semata-mata.

''Jangan pula masalah penyalahgunaan dadah yang berlaku ke atas mereka yang rapat dengan kita ditutup dan dilindungi daripada pandangan umum. Masyarakat perlu berhati-hati dan meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini," katanya.

Tambah Kamilia, masalah penagihan dadah sukar dibendung kerana dadah agak mudah diperolehi kini dengan adanya pelbagai dadah sintetik.

''Dadah jenis ini pada awalnya digunakan hanya untuk bersosial namun ia boleh menyebabkan ketagihan dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Jika peringatan yang diberikan oleh Shahrizat selepas kes Aaliyah Aiman tidak dipedulikan, biarlah kes yang menimpa Syafiah Humairah memberikan pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mengabaikan sebarang kes penderaan, berwaspada dengan individu yang mencurigakan serta melaporkan kes-kes penyalahgunaan dadah.

Sementara golongan ibu tunggal pula perlu sentiasa diingatkan supaya tidak meninggalkan anak mereka bersama teman lelaki.

Kita tidak sanggup lagi membaca laporan kes penderaan sadis kanak-kanak di media. Kita juga tidak mahu dianggap sebagai masyarakat yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak.

Mengapa Rasul bersifat insan?

ANTARA asas penting dalam keimanan kepada para nabi a.s adalah beritikad atau berkeyakinan penuh bahawa mereka manusia dan bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan atau ciri-ciri keinsanan (tabai' basyariyyah).

Tidak bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan atau malaikat, atau makhluk super power yang berlainan dari insan yang bersifat manusia. Banyak pengikut agama cenderung untuk menyifatkan tokoh agama atau pengasas agama mereka dengan ciri-ciri ketuhanan atau malaikat atau super power bagi menggambarkan kehebatan tokoh atau pengasas agama berkenaan. Namun Islam tidak demikian. Nabi Muhammad dan sekelian para nabi disifatkan oleh al-Quran dengan ciri-ciri manusia seperti mana manusia lain, cumanya mereka ditabalkan menjadi rasul atau nabi, diberi wahyu dan kadang-kala diberi pertolongan dengan ayat atau mukjizat dalam keadaan yang getir. Pun begitu dalam sepanjang sejarah para nabi, ada dalam kalangan mereka yang dibunuh, diseksa, dicederakan, dizalimi dan berbagai-bagai derita yang lain yang selalu menimpa para pejuang. Mereka tidak digambarkan kebal, atau boleh terbang, atau sentiasa dapat menghadirkan perkara-perkara pelik sehingga manusia beriman kerana ketakutan kepada mereka. Jika ada pun pertolongan Allah yang disebut 'ayat' atau mukjizat, perkara tersebut bukannya selalu dan ia sentiasa pula akan dikaitkan dengan kebesaran Allah, bukan kekuatan diri mereka sendiri.

Iktikad atau keyakinan ini diwajibkan oleh al-Quran dan al-Sunnah untuk seorang Muslim tanamkan dalam keimanan mereka. Firman Allah: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah al-Kahf: 110). Firman Allah lagi: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (Surah al-Anfal: 188). Juga firmanNya: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya ketetapan. (Surah al-Ra'd: 38).

Banyak lagi nas-nas al-Quran yang menegaskan hal ini. Walaupun ciri-ciri keinsanan rasul ini telah menyebabkan sesetengah penentang rasul mengkritik mereka kerana mereka mempunyai sifat dan kehidupan yang sama dengan manusia biasa. Para penentang pula membayangkan para rasul dengan segala keajaiban. Al-Quran merakamkan kritikan mereka. Firman Allah: (maksudnya) Dan mereka berkata: Kenapa dengan Rasul ini? dia makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya. (Surah al-Furqan: 7). Namun, Allah membantah cara fikir mereka ini dengan menjawab: Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul. (Surah al-Isra': 95).

Akidah

Mengapakah al-Quran menekankan ciri ini? Demikian juga mengapakah Rasulullah saw sentiasa menekan asas akidah ini? Sebabnya yang utama, demi memelihara tauhid atau akidah kepada Allah supaya hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan layak untuk disembah. Manusia apabila tidak dikawal oleh akidah sebegini akan mengheret mereka memuji dan mengagungkan para rasul melebihi batasan yang sepatutnya. Lihat apa yang berlaku kepada Nabi Isa bin Maryam as Kepercayaan atau pujian yang berlebihan membawa mereka menyangkatnya menjadi anak Tuhan. Demikian sesetengah aliran tarekat kerohanian yang melampaui batas dalam memuji guru atau 'tok syeikh'. Sikap berlebih-lebihan memuji itu telah membawa mengagungkan guru atau syeikh melebihi tahap nabi, bahkan menyifatkan guru mereka dengan sifat-sifat ketuhanan seperti mengetahui yang ghaib dan seumpamanya. Bahkan lebih buruk lagi mengheret mereka memohon hajat dan doa dari syeikh mereka sebagai perantaraan dengan Allah, bukan lagi hanya memohon kepada Allah. Sehingga ada yang apabila timbul hajat dalam akan memanggil nama wali itu dan ini. Sehingga nama dan gambaran wali atau syeikh mereka itu lebih mendahului jiwa mereka apabila timbul sesuatu hajat, bukan lagi Allah swt Malangnya, ada dalam kalangan mereka yang menjustifikasikan hal itu dan menyatakan itu disuruh oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah, bahkan itu sebenarnya ajaran Ahbash dan tarekat-tarekat yang memuja kubur. Jika para wali itu masih hidup pun mereka akan menentang hal ini. Rasulullah SAW sendiri dalam hadis baginda daripada Ibn 'Abbas: "Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: "Apa yang Allah dan engkau kehendaki". Maka baginda bersabda kepadanya: "Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki". (Riwayat Ahmad dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda juga mengingatkan kita: "Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: "Hamba Allah dan rasul-Nya" (al-Bukhari).

Perkara yang kedua, jika rasul itu bersifat dengan sifat ketuhanan atau malaikat, bagaimana mungkin manusia biasa mampu mencontohi mereka, sedangkan mereka dihantar untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada manusia. Maka, tiadalah suri teladan dalam makan-minum, perhubungan suami isteri, teladan ketika gembira, ketika sedih, ketika marah, ketika lapar, ketika sakit, ketika ditindas dan berbagai lagi. Ini akan menjadi alasan untuk manusia tidak mencontohi rasul dan menyatakan bahawa kehidupan beragama yang diajar oleh para rasul itu tidak praktikal untuk diamalkan oleh manusia biasa. Alasan mereka kerana ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh para rasul itu tidak sama dengan manusia biasa.

Hingga mukjizat yang diberikan kepada para rasul itu pun bukan muncul dalam setiap keadaan. Dalam banyak keadaan para rasul menghadapi perjuangan mereka dengan segala usaha dan ikhtiar insani dan bertawakal kepada Allah. Bacalah Surah Yusuf, lihat bagaimana tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ya'kub dan Yusuf. Mereka berusaha keluar daripada ranjau kehidupan itu dengan menerusi proses perjalanan kehidupan seperti mana insan yang lain. Cumanya, kita dapat melihat kesungguhan, tawakal dan keimanan kepada Allah yang sungguh indah. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah dilontar sehingga cedera di Taif, dan cedera dalam peperangan Uhud. Batu-batu yang dilontar di Taif tidak bertukar menjadi tamar, dan pedang yang dihunuskan dalam peperangan menentang baginda tidak pula menjadi roti. Bahkan ada para nabi yang dibunuh oleh Bani Israil. Kesemua itu menutup ruang untuk manusia mengelakkan diri dari mengikuti jejak para nabi atas alasan mereka 'super power' atau tidak serupa dengan kita.

Kata al-Syeikh 'Ali al-Tantawi ketika mengulas sifat-sifat para rasul a.s.: "Para rasul kesemuanya manusia. Mereka dilahirkan seperti mana dilahirkan manusia, mereka mati seperti mana manusia mati, mereka sakit dan sihat seperti mana manusia sakit dan sihat. Mereka tidak berbeza dengan manusia pada bentuk tubuh badan dan anggota, tidak pada perjalanan darah dan pergerakan jantung. Mereka makan dan minum seperti mana manusia makan dan minum. Tidak pada mereka sedikit pun unsur uluhiyyah (ketuhanan), kerana ketuhanan untuk Allah semata. Namun mereka adalah manusia yang telah diwahyukan kepada mereka" (Ali al-Tantawi, Ta'rif 'Am bi din al-Islam, m.s. 161, Mesir: Dar al-Wafa).

Lebih daripada itu kita lihat Allah jadikan mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw ialah al-Quran. Ini kerana baginda adalah nabi yang terakhir. Al-Quran akan berterusan sehingga Kiamat, sedang mukjizat yang mempunyai kaitan dengan fizikal seseorang tidak akan dapat disaksikan lagi dengan ketiadaannya. Mukjizat tongkat Musa sudah tidak dapat disaksikan lagi. Begitu juga mukjizat Isa menghidupkan orang mati dengan izin Allah sudah tiada lagi. Namun, ajaiban al-Quran terus disingkap dari zaman ke zaman. Maka, hendaklah para pendakwah dalam menceritakan tentang kerasulan menegaskan tentang ciri keinsanan Nabi Muhammad saw dan kesinambungan mukjizat al-Quran. Fokuslah mukjizat al-Quran yang terus mencerahkan akal dan menegakkan hujah kebenaran. Mukjizat lain, sekadar hanya menjadi riwayat sahaja.

Bermula dakwah terang-terangan

UMAR Al Khattab ada cara yang tersendiri untuk meraikan keimanan barunya terhadap Allah. Yang sekali gus turut memberikan makna untuk bersaudara dengan seluruh umat Islam yang selama ini beliau cukup perlekeh dan perlecehkan.
Beliau mahu berita dirinya memeluk Islam mesti diketahui oleh seluruh anggota masyarakat terutama kaum musyrik Mekah itu sendiri. Berbeza para sahabat dan pengikut yang sebelum ini, urusan selepas memeluk Islam adalah lebih sukar, iaitu memelihara dan menyimpan rahsia supaya tidak diketahui oleh sesiapa. Jika tidak, padahlah alamatnya!!


Rasulullah membenarkan perarakan oleh barisan pemuda dan pemudi Muslim yang pada sejarahnya menjadi titik tolak, permulaan Islam keluar dari rumah persembunyian.

Umar terus bertanya kepada para sahabat di Darul Arqam itu, siapa di kalangan kafir Quraisy yang paling kuat menentang dan memusuhi Islam. Mereka sepakat memberitahu, tentu sahaja Abu Jahal.

Seperti yang diriwayatkan kisah ini oleh Ibnu Ishaq, Umar pun terus menuju ke rumah Abu Jahal tanpa sesiapa mengetahui apa niat sebenar dan tujuan Umar hendak menemui musuh Islam Nombor 1 itu.

Setibanya di rumah Abu Jahal, beliau disambut dengan baik oleh Abu Jahal yang tidak mengetahui apa-apa yang telah terjadi kepada 'sahabat seteruannya' itu.

"Aku datang ini semata-mata untuk memberitahu kepada kamu bahawa aku telah beriman kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain dan Muhammad itu, pesuruh Allah yang aku percaya segala ajarannya yang dibawanya itu," kata Umar.

Tentu sahaja Abu Jahal bukan sahaja terkejut malah begitu marah mendengarkan kata-kata Umar itu dan sebelum dia menghempaskan pintu, dia menjerkah Umar dengan berkata: "Celaka sungguh kamu dan celaka sungguh berita yang kamu bawa ini wahai Umar!"

Sementara al Mubarakfuri pula menulis, Abu Jahal juga berkata: "Moga Allah burukkan kamu dan burukkan apa yang percayakan itu!"

Umar membiarkan sahaja kata-kata Abu Jahal itu lalu bertanyakan kalangan kafir Quraisy, siapa pula yang tidak boleh menyimpan rahsia!

Mungkin agak melucukan, 'watak' ini sebenarnya seorang yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia. Tetapi malangnya, tiada rahsia akan tetap kekal menjadi rahsia. Malah yang berlaku, rahsia akan bocor pada kadar yang sangat segera.

Lalu dijawab oleh mereka, watak tersebut dipegang oleh seorang lelaki, yang bernama Jamil bin Muammir. Tetapi al Mubarakfuri pula menulis nama sebenar lelaki itu ialah Jamil bin Ma'maar al Jumahiy.

Umar mencari lelaki tersebut yang kebetulan ditemui di tengah-tengah kota Mekah berdekatan dengan kaabah. Lantas Umar terus memberitahu Jamil mengenai agama baru yang dianutinya, sambil melafazkan kalimah Syahadah sebagai bukti di hadapan Jamil.

Sungguhpun terkejut dengan kata-kata Umar, Jamil tidak lupa akan 'tanggungjawab' untuk memecahkan rahsia itu kepada orang ramai. Lalu dia bangun dan terus menjerit dengan lantang:

"Wahai pembesar-pembesar Quraisy! Wahai sekalian Quraisy! Umar Al Khattab sudah murtad daripada agama kita, menyembah berhala!"

Berulang-ulang Jamil menghebahkan berita yang sangat menggemparkan itu sehingga berpusu-pusu seluruh pembesar dan penduduk Mekah berkumpul dan terus bertanya kepada Umar untuk mendapatkan lebih kepastian.

"Benarkah kamu sudah murtad wahai Umar," tanya mereka.

"Tidak, aku tidak pernah murtad tetapi aku sudah memeluk Islam, aku sudah mengucapkan kalimah syahadah," kata Umar sambil terus melafazkan dengan kuat kalimah syahadah bagi membuktikan kepada semua orang mengenai pengislamannya itu.

Dikatakan akibat pengumuman dan pengakuan Umar itu, buat pertama kali Umar dibelasah oleh kaumnya itu yang tidak dapat menerima hakikat seorang yang begitu memusuhi Islam akhirnya tunduk dengan mudah terhadap agama itu.

Umar teruk dibelasah walaupun pada awalnya beliau mampu mengalahkan seorang demi seorang. Tetapi sesiapa pun pasti akan kalah apabila tiada sesiapa yang menolong Umar kecuali beramai-ramai beliau dibelasah yang dikatakan bermula sejak dari awal pagi membawa ke senja.

Umar akhirnya ditinggalkan dalam keadaan letih dan tidak berdaya. Begitu pun beliau tidak pernah berganjak malah tetap berani untuk menghadapi apa juga kemungkinan.

Tetapi beliau mesti mencari jalan bagaimana dirinya dan agama Islam yang baru dianutinya itu tidak lagi mendapat gangguan dari kaumnya yang masih kafir itu.

Lalu dengan penuh kepintaran, Umar pun terus mencekup seorang pembesar kafir Quraisy yang sering dianggap paling besar dan tinggi kedudukannya di kalangan kaum itu, iaitu Utbah bin Rabiah.

Umar terus menjatuhkan Utbah ke tanah, lalu ditekan dua jari tangannya ke dua-dua belah mata pembesar Quraisy itu.

Umar memberi amaran keras kepada Utbah. "Wahai Utbah, jauhkan mereka semua daripada aku. Jika tidak aku akan butakan mata engkau. Engkau pun tahu aku tidak pernah mendustai kata-kataku sendiri," tegas Umar.

Utbah tidak mampu berbuat apa-apa kecuali terpaksa menuruti sahaja kata-kata Umar dan menyampaikan amaran Umar itu kepada para pembesar Quraisy yang lainnya.

Umar menuju ke Kaabah

Jadi begitulah cara dan strategi bagi Umar untuk tidak lagi diganggu atau diapa-apakan oleh kaumnya.

Bagi menguji sejauh mana Utbah memahami amarannya itu, keesokan harinya Umar menuju ke kaabah lalu dia membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat dan lantang, yang boleh didengari dengan jelas oleh seluruh yang berada di situ.

Maka ternyata strategi Umar itu berjaya, tiada sesiapa berani mendekati Umar apatah lagi menghalang Umar daripada terus melaungkan bacaan ayat-ayat suci itu.

Walhal jika dilakukan oleh orang lain, pasti padah dan mautlah nasib yang menimpa. Umar benar-benar berani, keberanian yang sedikit pun tidak luntur setelah memeluk Islam, iaitu agama yang begitu tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat kaumnya sendiri.

Keberanian seperti yang ditunjukkan oleh Umar itu merupakan satu kualiti yang mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam agar agama mereka itu dipandang tinggi dan tidak akan dipersendakan oleh orang lain.

Tanpa keberanian, selamanya Islam akan dipandang rendah dan menjadi bahan ejekan terutama oleh kalangan kafir. Menyedari itu Umar memulakan satu titik permulaan agar Islam tidak perlu disorok-sorok atau disembunyikan lagi.

Beliau menemui Nabi Muhammad di Darul Arqam yang ketika itu telah ramai umat islam yang turut berkumpul di situ.

Lalu Umar berkata: "Wahai Pesuruh Allah, bukankah kita orang Islam dan bukankan mereka, kafir Quraisy bukan orang Islam?"

"Benar," jawab Nabi Muhammad.

"Kalau begitu, mengapa kita perlu sorokkan Islam, agama kita ini! Tiada apa yang perlu kita takutkan, agama ini agama benar, semua orang mesti tahu mengenai kebenaran agama ini," tegas Umar.

Nabi Muhammad sangat bersetuju dengan kata-kata Umar itu, lalu sudah tiba masanya untuk baginda mengeluarkan Islam dari tempat persembunyian selama ini.

Lalu baginda mengumpulkan para pengikut dan sahabat di laman Darul Arqam dalam dua barisan yang panjang.

Bagi 20 barisan pertama ia diketuai oleh bapa saudara baginda, Hamzah bin Abdul Mutalib dan barisan kedua, terdiri dari 20 lagi pengikut Rasulullah yang diketuai oleh Umar sendiri.

Mereka berdiri dan berbaris dengan begitu teratur, gagah dan perkasa apatah lagi diketuai dengan panglima-panglima Islam yang cukup digeruni musuh dan lawan.

Rasulullah sendiri terus mengambil tempat di tengah-tengah atau antara barisan tersebut dan mereka mula menghayunkan langkah ke hadapan.

Mereka menuju ke Mekah dengan penuh keyakinan dan keberanian yang membusung di dada sambil melaung-laungkan takbir yang mampu mengejutkan seluruh alam.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah! Allahu Akbar!".

Itulah buat pertama kali dalam sejarah, sebuah perarakan yang memberikan makna yang cukup besar kepada kita semua, sangat melambangkan kekuatan dan kesatuan ummah!

Rasulullah mengambil langkah untuk berarak walaupun dalam keadaan kedudukan keselamatan yang tidak terjamin namun demi agama Allah itu, baginda dan pengikut membawakan mesej bahawa tiada siapa lagi yang boleh menghalang dari agama ini disebarkan!

Kini Quraisy hanya mampu melihat. Melihatkan pada kegagahan Hamzah dan Umar sahaja telah menyebabkan mereka terpaksa menelan air liur, pahit!

Rasulullah pula tidaklah mempamerkan kesombongan jauh sekali keangkuhan yang kononnya Islam kini adalah lebih kuat kedudukannya berbanding sebelum ini.

Ini kerana baginda benar-benar berniat agar nikmat Islam itu dapat disebarkan, meletakkan manusia adalah sama rata, tidak ada kelebihannya dari nama, harta dan pangkat. Lebih-lebih lagi jika semua itu bertujuan untuk menindas kaum yang lemah.

Kaumnya perlu disedarkan dengan keangkuhan mereka selama ini yang menciptakan jurang-jurang antara sesama manusia yang menyebabkan ada kehidupan penuh dengan penindasan dan tidak harmoni.

Cukup selama tiga tahun baginda berdakwah secara bersembunyi, kekuatan telah terkumpul dan tiba masanya laungan Allah Maha Besar perlu didengari di serata ceruk alam, Allahu Akbar!

PPSMI: Pandangan pelajar diambil kira

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Kementerian Pelajaran bersedia menerima pandangan dan teguran daripada pelbagai pihak termasuk pelajar dalam usaha memantap dan memperkemaskan Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pandangan mereka diterima sejajar dengan dasar keterbukaan kementerian itu.

"Pandangan pelajar matrikulasi dan tingkatan enam juga diambil kira kerana mereka mungkin mampu memberi idea yang bernas," katanya kepada Utusan Malaysia semasa bersarapan pagi dengan penduduk di Bukit Depu di sini hari ini.

Beliau mengulas rumusan awal Persidangan Meja Bulat mengenai PPSMI yang mendapati proses pengajaran mata pelajaran itu di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan berbanding sekolah di bandar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dilaporkan berkata, peserta persidangan turut mencadangkan kajian dibuat untuk menambah baik kecekapan guru, kemudahan prasarana dan program sokongan diperluaskan.

Mengulas lanjut Razali memberitahu, peruntukan RM5 bilion telah digunakan dalam menjayakan PPSMI setakat ini.

Beliau menambah, peruntukan itu digunakan bukan sahaja untuk peralatan pembelajaran dan pengajaran termasuk komputer dan bahan pengajaran malah pelbagai kemudahan berkaitan.

Katanya, walaupun secara kasar impak pelaksanaan PPSMI setakat ini belum begitu ketara khususnya di luar bandar namun kesan positif sudah mulai kelihatan.

Jelas Razali, dalam usaha memantapkan PPSMI, kementerian sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program termasuk mengadakan persidangan meja bulat berhubung isu-isu berbangkit.

Katanya, kementerian juga membentangkan 16 kajian mengenai PPSMI yang dilakukan bukan sahaja oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah kementerian pelajaran dan sektor swasta.

"Kita juga akan membentangkan hasil kajian akhir tahun ini untuk melihat keberkesanan program ini dan kita akan lihat sejauh mana kejayaan dan impaknya terhadap pelajar,

"Ini penting sebab kita harus ingat kesan atau impak PPSMI adalah besar membabitkan berjuta pelajar dan perbelanjaan yang mencecah RM5 bilion," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online 21 Julai 2008

6,000 pelajar dikenal pasti masalah disiplin

KUALA TERENGGANU 26 Feb. - Kira-kira 6,000 pelajar sekolah, kebanyakannya pelajar sekolah menengah di negeri ini dikenal pasti pelajar berisiko kerana terbabit dalam pelbagai masalah disiplin terutama ponteng sekolah.

Jumlah itu adalah di antara kesemua kira-kira 250,000 pelajar sekolah di Terengganu dan selain ponteng sekolah, mereka turut terbabit dalam kegiatan lain termasuk merempit dan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang mengatur strategi proaktif dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Malah jelasnya, beliau sendiri akan 'turun padang' ke sekolah-sekolah terbabit dalam waktu terdekat ini.

"Kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu pelajar berisiko seumpama ini dan saya sendiri akan turun padang ke sekolah-sekolah yang berkenaan dalam waktu terdekat ini, tujuan kita bukan untuk menghukum mereka tapi bantu mereka.

"Kita kena selesaikan masalah ini, 'lebih baik mencegah daripada merawat', jika kita dapat bendung masalah ini, kita juga dapat kurangkan gejala merempit dan jenayah lain yang dilakukan pelajar," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Terengganu, Arifiin Embong dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Nor Akmal Abdul Fatah.

Pesta buku yang berlangsung sehingga Selasa depan merupakan anjuran bersama kerajaan negeri, PPAT, JPNT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Persatuan Pengusaha Kedai Buku Melayu Terengganu.

Ahmad Razif memberitahu, masalah pelajar berisiko wajar ditangani segera bagi membendung gejala tersebut daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang.


"Walaupun jumlah yang dikenal pasti itu tidak begitu ramai berbanding jumlah keseluruhan pelajar tapi jika ada seorang saja pelajar berisiko di sebuah sekolah, dia tentu memberi kesan kepada seluruh pelajar dan guru sekolah berkenaan," ujarnya.

sumber: Utusan Online 27 Feb 2010


So, apa peranan kita sebagai KAUNSELOR? Permasalahan disiplin pelajar semakin menjadi-jadi dan sebagai bakal kaunselor, kita perlu mempersiapkan diri serta menambahkan pengetahuan tentang langkah terbaik untuk membantu pelajar bermasalah. Cabaran sebagai kaunselor semakin hebat dan ia menambahkan lagi tugas seorang kaunselor di mana setiap masa mereka perlu memikirkan tentang pelajar.

p/s: MAJULAH KAUNSELOR UNTUK PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR...

Sunday, February 21, 2010

2 perkara yang Anda perlu ubah untuk mencapai kejayaan

1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

17/2/2010 hari bersejarah...Gunung Tahan berjaya ditawan

Alhamdulillah, thanks to Allah...impianku untuk mendaki Gunung Tahan tercapai jua akhirnya. Berkat usaha dan sokongan rakan-rakan terutamanya En Zul ayahanda pengetua kolej Aminuddin Baki, aku berjaya sampai ke puncak..Thanks to all..Syukur tak terhingga, tak dapat diluahkan dengan kata-kata...Hanya orang yang menyertainya saja yang tahu bagaimana perit getir perjuangan untuk menuju ke puncak..

Tarikh keramat ini takkan dilupakan..17/2/2010 aku berjaya menjejak keki ke puncak Gunung Tahan..Alhamdulillah sekali lagi..Bersyukur kepada-Nya, peluang ini sangat berharga dan akan dijadikan pembakar semangat untuk terus berjaya. InsyaAllah..

Tahniah kpd semua peserta eksplorasi Gunung Tahan kerana berjaya sampai ke puncak dengan selamat..=)

Thursday, February 11, 2010

Apa yang difikirkan?

Banyak perkara yang buat kita stress. Dalam situasi aku sekarang ni asyik terfikir assignment yang belum siap dan perlu di'submit' dalam masa terdekat. Sungguh stress aku saat ini. Banyak betul kerja yang belum setel..kepalaku berserabut dengan pelbagai perkara. Otakku seperti meggi..haha...megi lagi, xde contoh lain ker? apa2 je la...memang betul pun, kalau boleh scan otakku mesti berselirat seperti megi!!! (satu perumpamaan yang hiperbola ni..hihi)
Aku tak mampu berfikir lagi, nak rehatkan minda tapi esok dah kena hantar asgmnt jurnal silang budaya. Tapi aku masih sempat lagi membuang masa kat sini, huhu...takpe, drpd aku terkebil-kebil menjana idea yang mantap, lebih baik aku mengarang kat sini dulu..sambil menyelam minum air..



Begini la rupa aku dok memikir tentang lambakan dan timbunan asgmnt yang aku ada..Cuma bezanya aku xde janggut..hehe..ni pak sedare kepada kawan aku..dia memang pakar dalam segala bab.
Cuba korang teka sape pakcik ni? sape dapat jawab, aku bg sploh sen..hihi...pasni aku kena tiru gaya pakcik ni la..steady je kn...tp aku bukan jenis steady camni..huhu...
Time ni pulak la aku teringat zaman kecik2 ku, bestnya kalau masa dapat diputar semula..tapi mustahil ia berlaku..best kan jadi budak2, xyah pikir apa2..setiap masa nak main and enjoy je..
macam ni la bila aku stress, aku akan teringat masa kecik2 dulu main buaian, gelongsor, panjat pokok n mcm2 lagi..haha...lasak juga aku masa kecik2 dulu, sampai ke julai pokok aku panjat..tapi yang lucunya aku tak pandai turun pulak lepas tu..terpaksa la orang turunkan aku...huhu...malu sangat time tu...masa berlalu pantas sangat...
hmm...ok la..aku kena teruskan kerja yang 'sikit lagi nak siap'...esok pagi ada kerja lain lagi, nak g library pulak..


*kata semangat untukku: HIDUP AINI!!!

Kaunselor yang empati

Apa itu Empati??

Empati dapat didefinisikan sebagai kemampuan kaunselor untuk mengenali, mempersepsi, dan merasakan perasaan klien. Kaunselor meletakkan dirinya dalam dunia klien dan cuba memahami situasi klien.
Taylor
menyatakan bahwa empati merupakan faktor terpenting untuk membina hubungan yang saling mempercayai antara kaunselor dan klien. Ia memandang empati sebagai usaha menyelam ke dalam perasaan orang lain untuk merasakan dan menangkap makna perasaan itu. Empati memberikan sumbangan guna terciptanya hubungan yang saling mempercayai kerana empati mengkomunikasikan sikap penerimaan dan pengertian terhadap perasaan orang lain secara tepat.
Alfred Adler pula menyebut empati sebagai penerimaan terhadap perasaan orang lain dan meletakkan diri kita pada tempat orang itu. Empathy bererti to feel in, berdiri sebentar pada sepatu orang lain untuk merasakan betapa dalamnya perasaan orang it
u.

Tuesday, February 9, 2010

Demi Masa


cepatnya masa berlalu,
tak sedar masa menginjak,
jika masa dapat diputar,
alangkah bagusnya,
aku ingin kembali ke zaman kanak-kanakku,
tika itu aku tidak perlu memikirkan masalah,
bebas walaupun mak abah mengawalku,
bebas dalam erti kata tidak memikirkan masalah orang dewasa,

tapi mustahil ia akan terjadi,
aku sedar masa tak dapat diundur walaupun seminit ke belakang,
aku akur dengan takdir,
aku harus kuat untuk meneruskan hidup ini,
aku harus berjuang untuk masa depanku,
walau seberat mana masalah menimpa,
aku tak boleh mengalah,
aku perlu memikirkan masa depan,
masa depan yang tak pasti,
aku takkan mengecewakan mereka,
mereka yang banyak berjasa kepadaku,
takkan sekali-kali aku menghampakannya,

itu janjiku,
aku pasti akan berjaya,
dengan harapan dan doa,
aku pohon kepada-Nya,
moga aku diberi peluang untuk itu,
insyaAllah,
aku amat mengharapkannya,
moga aku berjaya.

Amin...

Harga $ebuah Persahabatan

Assalamualaikum wbt..

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.Perkara yang anda tak perasan atau saja tak ada perasaan....
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, Ada hikmah di sebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.
  13. Kenanglah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan berasa senang apabila seseorang mengetahuinya.
  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

pagi nan indah

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk terus hidup di bumi Allah ini.

Pagi ni aku terjaga awal daripada biasa...selalunya aku takkan bangun selagi jam tak menunjukkan angka 6.15 am tp kali ni aku terjaga 5.30 am...Semangatkah aku nk ke kuliah pd hari ini? Ya, mmg aku bersemangat utk meneruskan rutin harianku sbg pelajar universiti. Mungkin banyak kerja dah siap dan separuh siap, maka fikiranku happy..

Alhamdulillah nersyukur kepada-Nya...

Monday, February 8, 2010

Gerbang Kejayaan

Setiap individu mempunyai matlamat dan harapan masing-masing. Semuanya menginginkan kejayaan dan kesempurnaan dalam hidup. Tapi apa yang kita buat untuk mencapai segala matlamat tersebut?
Sedarlah...sedarlah semua...saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang disayangi..sedarlah, bangunlah daripada lena..kita kesuntukan masa..masa sedang mengejar kita dan masa tidak akan berundur walau sesaat pun..

So, hargailah masa selagi kita bernyawa..=)

Friday, February 5, 2010

kenapa begini?

Serabut..
tak terurus..
kdg2 tension..
tido x tentu masa
kerap terjaga mlm2 buta..
apa yg aku fikirkan??
asgmnt?
............ntah la.............
busy??
orang lain pun busy gak
tapi aku
mungkin aku terlampau CEMAS kot
mungkin sbb aku ni dlm kategori personaliti KOLERIK...
neurotik tinggi..emosi x stabil..
semuanya gara2 aku tak pandai uruskan masa..
aku akui..
kenapa aku begini??
orang lain rilex jer..
huhuhu...
otakku serabut seperti meggi..
xpe2..boleh mkn..haha...
saje nak menyedapkan hati..

banyak tol keje tak siap lg..
skrg dlm proses nk siapkn jurnal silang budaya..
montaj n modul etika odw nk wat..
hope sempat siap sblm aku g sn..
g mn ek..??
emm...xtau nk g ke x
aku keliru!!

kne wat Solat ISTIKHARAH dulu..
Ya Allah bantu aku..

moga segalanya berjalan lancar

Ermm..banyak masalah timbul sejak akhir-akhir ini..tak tahu kenapa tapi yang pasti Allah ingin menguji tahap kesabaranku menghadapi dugaan-Nya..ya...mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini..aku pasti...
Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku dan urusan orang-orang di sampingku..bantulah kami ya Allah...hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan..aku merayu pada-Mu ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-Mu ini..

Ya Rabbul Izzati, bantulah kami..permudahkanlah urusan orang yang aku sayang..aku tidak mampu berkongsi masalah ini dengan rakan2 kerana aku perlu berpegang pada janji...janji pada seseorang...aku takkan mungkir janji..percayalah...biarlah masa yang menentukan semua ini, tak perlu aku luahkan di sini..aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan kalian..kalian adalah sebahagian daripada hidupku...
Aku ingin melihat kalian bahagia selama-lamanya..♥^♥♥^♥

PELUANG TERAKHIR MENCAPAI KEBEBASAN SEBENAR

"manusia yang berjaya percaya
bahawa kejayaan itu
bukan hanya sesuatu yang boleh mereka capai,
tetapi KEJAYAAN itu adalah
sesuatu yang boleh memberikan
pulangan yang bernilai kepada mereka"



-Tom Hopkins-

...SUSAH TAPI BOLEH...

"...lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan.
Barulah anda mempunyai nilai diri yang tinggi."


"...bertanyalah sebanyak mungkin,
kerana anda mahu sesuatu itu betul
apabila pertama kali anda melakukannya."

"...harapkan kesempurnaan
tetapi jangan anda mengharapkan bahawa
ia akan berlaku dengan sendirinya.

Pastikan anda teliti ketika anda melakukan sesuatu."


-Dharma Mulya-

Thursday, February 4, 2010

Urutan Refleksologi...

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh manusia. Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Jika tubuh seseorang itu mempunyai masalah, mereka biasanya berasa sakit walaupun tekanan yang lembut dikenakan pada bahagian tertentu di tapak kaki. Oleh itu, refleksologi adalah salah satu dari cara untuk memulihkannya kerana selain dari berkesan ianya juga murah.

Refleksologi tangan...
Refleksologi tapak kaki




Kaitan Antara Tubuh Manusia Dengan Urutan Kaki (Refleksologi)

Ramai di antara kita tidak tahu apa kaitan urutan kaki dengan kesihatan tubuh manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Teknik refleksologi yang dibuat secara berjadual misalnya seminggu sekali, bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin di dalam badan tetapi dapat juga meringankan kaki yang lenguh.

Bagaimana Toksin Terjadi
  • Merokok
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejukbeku
  • Radiasi daripada alatan elektronik. Contohnya komputer, h/phone & televisyen
  • Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diawet dengan bahan kimia
  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, perisa tambahan, bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman.
Kelebihan Refleksologi
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Mengurangkan rasa letih
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan masalah usus
  • Menguatkan tulang
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengelakkan risiko sembelit
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Info Kaki : Kaki mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.

P/S: Mereka yang mengamalkan urutan refleksologi ini juga disarankan agar meminum banyak air agar toksin yang terdapat di dalam badan dapat dikeluarkan secara peluh atau air kencing.

program pengurusan di sekolah...

Tarikh: 4 Feb. 2010 (Khamis), 6-7 Feb. 2010(Sabtu & Ahad)
Tempat:SMK. Ampang Pecah (Bestari)

Pagi ni aku akan pergi ke sekolah untuk melaksanakan tugasan yang aku kira sangat penting dan sebagai landasan untuk kami membuat program pada masa akan datang. Setiap orang perlu mengendalikan modul masing-masing terhadap pelajar sekolah. Aku memilih modul motivasi untuk diaplikasikan kepada pelajar.
Motivasi diri adalah penting bagi setiap individu di mana jika mereka mempunyai motivasi dalam diri maka mereka lebih terdorong untuk mencapai kejayaan dan begitu juga sebaliknya. Jika motivasi diri kurang maka sudah tentulah hasil pencapaian kita tidak sebaik yang diharapkan. Semuanya bergantung kepada usaha dan ikhtiar masing-masing untuk mencapai apa yang dihajati.
Aku harap modul ini dapat membantu bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga diriku sendiri untuk berjaya dan memperoleh apa yang dihajati. Semoga perjalanan program dapat berjalan lancar dan aku mengharapkan restu Ilahi untuk menjalankan tugasan ini. Amin..
Ya Allah, Engkau jauhilah aku daripada sebarang kekusutan yang mengganggu di jiwaku dan tenangkan fikiranku daripada perkara yang menyesakkan dan membebaniku..Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku alami dan hanya kepada Engkaulah tempat aku mohon pertolongan. Amin....

Tuesday, February 2, 2010

CERMIN DIRI

  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  • Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
  • Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
  • Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  • Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
  • Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  • Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
  • Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  • Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hak-NYA pula.
  • Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.