Tuesday, January 19, 2010

Alhamdulillah, aku terpilih jua...

Fuh!!! Lega...dapat juga aku g Gunung Tahan nanti..hehe...malam ni ada meeting Kembara Eksplorasi Gunung Tahan pukul 9 kat bilik JMK.

InsyaAllah aku akan berusaha keras untuk membuat latihan dan persediaan untuk mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Aku nekad, walau apa pun yang berlaku aku takkan mengalah dan nekad untuk menyertai program ini.

Hope aku dpt luangkan masa untuk membuat latihan pada setiap malam dan tak mengabaikan tugasan yang perlu disiapkan. InsyaAllah...

Sunday, January 17, 2010

Guru, pelajar celik komputer terus meningkat

Inilah cabaran yang akan dihadapi oleh seorang guru terutamanya 'KAUNSELOR' jika mereka kurang mahir dalam teknologi masa kini. Di sekolah, kebanyakan pelajar sudah mahir menggunakan teknologi ini dan amat memalukan sekiranya guru-guru tidak tahu menggunakan aplikasi ini. Pelajar mungkin akan memandang serong terhadap guru berkenaan dan secara tidak langsung ia menjatuhkan imej guru di mata pelajar. Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, para guru perlu mempunyai kemahiran ini dan dapat memberi contoh dan tunjuk ajar kepada para pelajar.
Di sini, saya ingin mengaitkan dengan kemahiran menggunakan blog. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Abd Aziz b. Mohd Yatim kerana telah membuka minda para pelajarnya untuk memiliki blog sendiri. Saya mendapat makluman daripada rakan-rakan senior saya bahawa semasa Semester 6 nanti, setiap orang diwajibkan memiliki blog sendiri. Tanpa berlengah lagi, saya telah meminta tunjuk ajar daripada beberapa orang senior saya untuk membuat blog. Terima kasih daun keladi...
Kepada rakan-rakan yang belum memiliki blog, saya syorkan anda membuatnya dan jika tidak tahu cara untuk membuatnya, anda bolehlah bertanya kepada rakan-rakan yang lain kerana melalui blog ini juga kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan sebagai medium untuk memenuhi masa lapang.

Saya tertarik dengan isu "Guru, pelajar celik komputer terus meningkat" yang dimuatkan dalam akhbar BH. Saya telah meng'copy' and 'paste' keratan akhbar tersebut untuk dimuatkan dalam blog saya.

Oleh Azran Jaffar di London
bhnews@bharian.com.my

MUHYIDDIN berbincang dengan Brown (kiri) sebelum majlis perasmian Forum Dunia Pembelajaran dan Teknologi di London.

KAJIAN dibuat British Commonwealth Group (BCG) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada 2008 menunjukkan kadar celik komputer di kalangan guru dan pelajar Malaysia adalah tinggi sejak bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan dalam sistem pendidikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia turut membawa peningkatan dalam keberkesanan dan kreativiti pembelajaran dan pengajaran serta keberkesanan pengurusan dan komunikasi di kalangan mereka yang terbabit.

"Ini adalah hasil inisiatif yang dilakukan dalam menangani cabaran ketika menerapkan ICT dalam sistem pendidikan pada 1997 dan Malaysia boleh berbangga kerana apa yang dilakukan itu memberikan impak yang positif," katanya. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada ucaptamanya di Forum Dunia Pembelajaran dan Teknologi yang diadakan di London County Hall di sini, semalam. Forum tiga hari itu dihadiri 75 Menteri Pelajaran dari seluruh dunia.

Muhyiddin berkata, antara inisiatif dilakukan adalah penggunaan layaran video pengajaran melalui laman web yang dimanfaatkan 9,331 sekolah melalui penyediaan rangkaian jalur lebar bagi merapatkan jurang digital sekolah luar bandar dan bandar. Komitmen kerajaan mempertingkatkan ICT dalam sistem pendidikan menyaksikan 6,633 makmal komputer dibina di seluruh negara, selain 3,092 pusat akses sekolah yang menggunakan konsep kafe siber di kawasan luar bandar.

"Bagi menghadapi cabaran ICT dalam pembelajaran, tahap profesionalisme guru adalah kunci dan untuk itu kursus pembangunan yang berterusan untuk pengajar, pentadbir, pengetua dan guru akan diadakan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Britain mahu menjalin hubungan rapat dengan Malaysia dalam bidang pendidikan sebagai usaha meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara. Muhyiddin berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown ketika pertemuan mereka pada majlis pembukaan Forum Dunia Pembelajaran dan Teknologi di sini, kelmarin.

Malam kelmarin, Muhyiddin turut melancarkan logo dan kempen 2010 Malaysia Kitchen yang diadakan di Restoran Jom Makan di sini. Kempen yang dijalankan sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat London mengenai masakan Malaysia adalah inisiatif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Sementara itu tukang masak terkenal Britain yang juga dikenali kerana kritikan pedasnya terhadap masakan, Gordon Ramsay, ketika ditemui berkata, beliau amat menyukai masakan Malaysia kerana keunikannya.

(Sumber: Berita Harian; Ahad, 17 Januari 2010)

Masalah 70 graduan UPSI akan diselesai

PULAU BANGGI: Kementerian Pelajaran berusaha menyelesaikan masalah 70 graduan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang dikatakan masih menunggu penempatan sesi persekolahan 2010 berikutan Kementerian Pelajaran tidak menempatkan graduan universiti di sekolah rendah.
Timbalan Menterinya, Dr Fuad Zarkashi berkata, kementerian itu berfungsi menempatkan graduan universiti mengajar di sekolah menengah manakala lulusan Institut Pendidikan Guru (IPG) di sekolah rendah.
“Bagaimanapun, guru berpendapat mereka mengikuti pengajian pendidikan sekolah rendah seharusnya ditempatkan pada peringkat sekolah terbabit.” katanya.

(Berita Harian; Ahad, 17 Januari 2010)

Saturday, January 16, 2010


Funny Friends
Grab a new Myspace Layout


Thursday, January 14, 2010

Impianku...


Mulai dari tangga bawah...kejayaan pasti menjadi milik anda...


Berusahalah untuk mencapai kejayaan. Anda pasti boleh!!!


Setiap orang dilahirkan untuk menjadi juara!!!
Mungkinkah kejayaan milik kita? aku amat mengharapkannya...

Kampus Way of Life

'READING is a basic tool in the living of a GOOD LIFE..'
(Mortimer J. Adler)

Memang benar, dengan membaca kita akan tahu segala-galanya. Kebanyakan orang yang berjaya adalah orang yang selalu berdamping dengan buku. Sudah semestinya mereka digelar 'ulat buku' kerana setiap masa dihabiskan bersama buku-buku yang pelbagai jenis. Adakah sikap suka membaca ada pada diri kita? Tepuk dada tanya selera.. Bagi diriku sendiri, tabiat membaca masih kurang dan perlu dipertingkatkan bagi kegunaanku pada masa hadapan. Pelbagai info baru akan diperoleh jika kita suka membaca..Semakin banyak kita membaca, maka semakin banyaklah benda yang kita tidak tahu..

'Everything in the world to end up in a book'

Aku setuju dengan ayat ni kerana apa sahaja permasalahan kita sudah ada cara penyelesaiannya yang tertulis dalam buku. Contohnyayang paling mudah ialah AL-Quran. Apa sahaja yang berlaku di pentas dunia ni semuanya tertulis dalam kitab ini. Hanya kita yang tidak mengkajinya.

Fitness Test--->Gunung Tahan

Semalam aku pergi ke fitness test untuk pergi Gunung Tahan..kalau aku terpilih kali ni bermakna ini merupakan kali kedua aku mendaki gunung..aku harap aku terpilih untuk xpdc pada kali ini. Tapi bila ada seorang sahabat yang tidak meyakini kebolehanku, aku tercabar..Mungkin sahabat ini tidak tahu karakter diriku sepenuhnya dan aku juga tidak pernah memberitahunya bahawa aku pernah menjejak kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Tapi biarlah rahsia...Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu aku pernah ke sana. Aku rasa dia tidak perlu tahu...Sedikit sebanyak aku tercabar dengan ketidakpercayaannya terhadap kemampuan diriku..Akan aku buktikan padanya...Mungkin kerana aku perempuan, dia tidak mempercayainya...Tapi biarlah, hanya aku yang tahu perihal diriku...


"Usaha tangga kejayaan dan mind set adalah perkara paling penting".





Jika kita meletakkan mind set bahawa kita mampu melakukannya maka InsyaAllah kita akan cuba membuat yang terbaik untuk mencapai apa yang dihajati. Kekuatan fizikal dan mental adalah penting untuk mendaki gunung tersebut. Jika kita hanya kuat dari segi fizikal sahaja tidak mencukupi sekiranya keyakinan diri kurang. Jadi kedua-duanya adalah penting kerana ia saling berkait. Mulai sekarang aku akan cuba membuat latihan supaya aku terpilih untuk menyertai xpdc pada kali ini.
Pada mulanya aku tidak sempat menulis nama di memo yang ditampal di foyer KAb. Aku agak terkilan kerana tidak sempat berbuat demikian. Malah aku tidak sempat melihan memo yang ditampal di foyer kerana aku berada di kampus sepanjang hari dan apabila aku pulang ke kolej, aku mencari-cari memo tersebut tapi malangnya memo itu sudah ditanggalkan. Aku kecewa...huhu...Mungkin aku tidak berkesempatan untuk menyertainya...Sekali lagi aku terKECEWA...
Dan bagaimana aku boleh menyertai fitness test ini??? Kebetulan semasa aku nak pergi ke taklimat kolej, aku ternampak Amri dan Epul kat foyer. Mungkin aku boleh bertanya kepada mereka tentang kekosongan tempat untuk pergi ke Gunung Tahan. Alhamdulillah aku diberi peluang sekali lagi untuk menyertainya. Tapi ini tak bermakna aku boleh pergi ke sana kerana sesi pemilihan belum dibuat lagi..Tunggu fitness test dan selection dibuat oleh mereka yang terlibat. Ku mengharapkan agar aku terpilih...Amin...
Masa fitness test tu hanya beberapa orang pelajar sahaja yang menyertainya. Aku mendapat makluman bahawa 4 orang pelajar telah menarik diri untuk tidak menyertainya. Mungkin mereka tidak sanggup menyahut cabaran ini atau mungkin juga mereka mempunyai hal lain yang ingin dilakukan semasa cuti raya cina nanti. Think positive Aini...

Semasa sesi pertama hanya ada 3 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Semuanya terdiri daripada pelajar Sem 1 dan hanya aku seorang sahaja Sem 6. Tapi aku tidak berasa kekok kerana aku sudah mengenali mereka. Buat biasa sajalah..nak malu apa kan..Aku kan senior..hehe..(Oppssss...jangan riak Aini, tak baik tau...) kami diarahkan untuk berlari mengelilingi kolej sebanyak 2 pusingan, sama juga seperti latihan untuk ke Gunung Kinabalu yang lepas. Kali ni larianku agak perlahan kerana aku sudah lama tidak membuat kerja-kerja sebegini...hehe...nampak sangat malas nak bersenam...ada aktiviti baru nak lari..Hmm..kalau macam ni layak ke aku nak join xpdc ni...Aku mencatatkan masa 11 minit 13 saat...mana taknya, semasa berlari-lari tu aku sempat bersembang dengan Ustaz Rosli dan sape-sape je yang aku nampak...Aini...Aini...tak habis-habis nak menegur orang walaupun ada perkara penting nak dibuat...mungkin inilah tabiatku yang suka bertegur sapa di mana jua berada...haha...macam iklan Digi la pulak...
Seterusnya datang lagi 2 orang candidate untuk diuji bakat...haha...macam nak buat selection untuk anugerah bintang-bintang la pulak..mereka adalah sahabatku yang turut menyertai xpdc menawan Gunung Kinabalu...Gee dan Sofie..Mereka mencatatkan masa yang lebih baik daripadaku..tahniah ye...
Xpdc ini dijangka akan dibuat semasa cuti raya cina iaitu 13-21 Februari. Aku perlu korbankan masa cuti ku jika aku ingin menyertai xpdc ini tapi aku lebih suka menghabiskan masaku di sini daripada tidak membuat apa-apa di rumah.

So, aku perlu meluangkan masa pada waktu malam untuk membuat latihan sebagai persediaan untuk ke sana. InsyaAllah aku yakin dengan kemampuanku..Aku akan berusaha sedaya upaya untuk memantapkan stamina..Aku perlu kuat..ya..aku perlu kuat...Aini boleh!!!

Daripada banyak-banyak benda yang aku bebelkan di atas ni, aku dapat la buat 'THE MORAL OF THE STORY' sikit yang boleh dikongsi bersama...
  1. Semangat dan usaha tangga kejayaan. Apa jua keadaan diri kita (maksud aku keadaan fizikal), yang penting kita perlu kuatkan semangat kita untuk mencapainya.
  2. Mind set sama ada positif atau negatif akan mendorong kita untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.
  3. Sesuatu yang diinginkan akan tercapai sekiranya kita berusaha lebih dan YAKIN dengan diri kita. Hanya kita yang tahu bagaimana diri kita..Orang lain tidak tahu apa yang tersirat di hati kita melainkan diri kita sendiri.
    Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah....

Tuesday, January 12, 2010

2 biji mata...

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji MATA anda ??


Mereka berkedip bersama,

Bergerak bersama,

Menangis bersama,

Melihat bersama,

& Tidur bersama...


Meski pun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain...


PERSAHABATAN seharusnya seperti itu..

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN...


JUBAH UNTUK IBU...so sad :(

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!!Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.
"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.

Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.
"Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya...' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak.
Mmm...bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu.
"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri.
Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.
"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.
"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya.
"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan.
Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz .
Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.
"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi.
Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.
"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.
Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
"Ada" jawab Along pendek
"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku...atau...."
Along menggeleng-gelengka n kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
"Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.
"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.
Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi.
"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memelukadiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"
"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.
"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."
"Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu.
"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.
"Abang Joe mana ni?"
"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas
Along dengan panjang lebar.
Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?"
"Bukan, minggu depan..."
"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
"Ha..hadiah....untuk....ibu........." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.
Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium.
Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan ... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan nada sebak.
Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.
"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.
"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Monday, January 11, 2010

.
...
.........
"Jadikan dirimu
bagai pohon yang rendang
di mana insan dapat berteduh.

Jangan seperti pohon kering
tempat sang pungguk melepas rindu
dan hanya layak dibuat
kayu api.
...
...
...
...
.........

Saturday, January 9, 2010

Alhamdulillah...kesakitanku beransur pulih

Thanks to Allah...sakit gigi kian beransur pulih,aku sudah mampu meneruskan rutin harianku seperti biasa...dah boleh buat kerja dengan hati yang senang...Alhamdulillah...mungkin ini berkat kesabaran dan kegigihanku makan ubat...hehe...yeke makan ubat? tak silap aku baru berapa biji panadol ku telan sepanjang penderitaanku ni...yang penting sekarang aku dah sihat..Alhamdulillah

Friday, January 8, 2010

sakitnya hanya tuhan saja yang tahu...

Kebelakangan ni kesihatanku sedikit terganggu...mungkin ini hanya dugaan daripada Yang Maha Esa kepada hamba-Nya...dah berapa hari aku sakit gigi, nak tumbuh gigi bongsu..sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu...nak makan susah,nak minum susah...boleh dikatakan banyak aktiviti harianku sedikit terganggu...kalau tidur pun asyik terjaga je,5 minit sekali aku akan terjaga...huhu...mak tolonglah anakmu ini...
Kalau kat rumah kan senang, sakit pening mak yang jaga...kat sini walaupun ada kawan-kawan yang prihatin tapi tak sama dengan belaian seorang ibu dan perhatian seorang bapa...aku rindukan saatku kecil-kecil dahulu..dulu...aku selalu sakit perut, dan emak dan abahku akan membawa aku ke rumah seorang nenek yang pandai mengubat orang..nenek itu membuat tali untuk ikat perutku..aku memakainya sehinggalah aku darjah 6 dan selepas itu aku tidak tahu ke mana perginya tali itu...sejak itu aku sudah tidak sakit lagi...Opps!!! terkeluar topik la pulak...he3...

Sudah beberapa kali kawan-kawan menyuruhku pergi ke klinik tetapi aku mengatakan bahawa aku sudah ok. Sebenarnya aku masih lagi sakit gigi tapi aku tidak suka pergi ke klinik. Apa yang aku dapat jika aku ke klinik,aku sudah dapat membayangkannya. Doktor pasti akan memberiku panadol tetapi aku tidak suka makan ubat. Sejak kecil lagi aku tidak mengamalkan ubat-ubat sebegini. aku akan cuba bertahan dan jika ia semakin teruk barulah aku memaksa diriku untuk menelan ubat tu. Bukannya apa, aku tidak suka terlalu bergantung kepada ubat...Ubat-ubat ni tak boleh diamalkan sangat...(alasan je tu...sebenarnya aku memang pengecut dengan benda alah ni.. malu nak mengaku la..he3)

So, bagi kes aku ni aku terpaksa la menelan panadol juga bagi mengelakkan aku daripada demam. Aku pernah melihat sahabatku yang demam teruk akibat sakit gigi, kesian tegok dia menahan kesakitan. Tapi aku tak sampai ke tahap itu lagi, aku rasa keadaanku lebih ok berbanding dia..Mungkin aku kena kuatkan semangat dan meletakkan 'mind setting' yang baik-baik supaya aku tidak terlalu manja dengan penyakit ini. Aku pernah belajar tentang 'apa yang kita fikirkan, itulah yang membentuk diri kita'. jadi aku meletakkan diriku dalam keadaan OK walaupun sakit..jangan manja-manja sebab kat sini ada banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan....

chaiyok!!! chaiyok!!! aini....

Tuesday, January 5, 2010

Reunion XPDC menawan Gunung Kinabalu

Tadi kul 8.00 pm team2 xpdc kk wat reunion kat cafe KAB..just lepak2 and makan ABC je...pas2 imbau kembali detik2 indah kt sana..
Best sgt dpt jumpa team xpdc gunung kinabalu..walaupun x semua yg hadir tapi best la jugak sebab dapat mengimbau kenangan manis di sana...manis kerrr?? hmm...manis la bg aku..sebenarnya bila dok beramai2 ni best juga bila cerita balik apa2 yg berlaku kat sana dulu..tp ak xdpt meneruskn cerita pd hari ini kerana aku sakit gigi..huhu...makkkk...tolong, nik sakit gigi..
ok la, nanti kalau ada masa lapang aku sambung balik citer ni ok...:)

Low's Peak berjaya d tawan...

Hanya ungkapan 'alhamdulillah' mampu ku lahirkan sebagai tanda kesyukuranku pada Ilahi kerana insan kerdil ini berjaya menjejak kaki ke puncak kinabalu..ohhh sungguh tak ku sangka & tak ku duga aku mampu menjejakkan kaki ke sana…jika bukan kerana usaha sahabatku yang juga pengarah program 'KEMBARA MILLENIUM' nie aku xde peluang nak pergi sana..thanks Ida and kawan2 lain yang bersama2 ku sepanjang xpdc ini..


Pejam celik…pejam celik...kini dah genap setahun kenangan ini disimpan di sanubariku..kenangan yang paling manis kurasakan sepanjang hidupku..mungkin tidak pada orang lain tapi aku rasakan kenangan ini takkan kulupakan sampai bila2..aku juga menanam tekad untuk ke sana sekali lagi..mungkin bersama 'someone special'...huhu...itu hanyalah angananku semata2 tp InsyaAllah kalau diizinkan inginku jejakkan kakiku ke sana lagi..mungkin juga aku di'posting'kan di sana nanti..aku terima seadanya kalau aku dihantar ke sana..


Di puncak sejukkk, tak tertahan rasanya kalau memakai pakaian biasa..aku membaluti tubuhku dengan beberapa helai baju dan juga sweater..nampak semakin tembam je tapi aku suka dengan keadaan itu..hehe...pakaian yang membaluti seluruh tubuhku usah dikata,bagaikan berada di negara omputih je...cuma xde snow je..tapi aku tak kisah la camne pun,janji aku tak kesejukan..hehe...


Kami berjaya tiba di Low's Peak tepat pukul 5.30 am, 5 Jan 2009...tapi aku agak sedih sebab kabus tebal, x dpt la aku tangkap gambar jelas2 di puncak...aku ni suka bergambar, ke mana saja aku pergi mesti aku bawak kamera..bukannya apa cuma nak wat sebagai kenangan je..lagipun bukan senang nak sampai sini lagi..baik aku gunakan peluang ni sebaik mungkin...kini aku berada sayup2 di atas puncak kinabalu dengan ketinggian 4095.2meter...agak gayat juga bila memandang ke bawah..kalau jatuh confirm m*** la...minta dijauhkan la..Banyak benda lagi yang best2 masa tu..tapi aku ada keje lain nak buatla..so satgi kalau ada masa aku sambung lagi erkk...

Saturday, October 17, 2009

perasmian blog 1Kab

Esok akn diadakan satu majlis pelancaran & perasmian blog KAB. Blog bertemakan 1Kab. Tahniah kepada peserta yang menang dalam pertandingan mencipta blog tersebut. nantikan hadiah misteri anda pd hari esok..
Tarikh: 17/10/2009
Hari: Sab2
Masa: 8.00-12.00 mlm
Tempat: foyer KAB
Perasmi: En Zulkifli bin Mamat (Pengetua KAB)
Anda semua dijemput hadir. Cabutan bertuah turut disediakan..Bersama-sama kita memeriahkan majlis ini.

Wednesday, October 14, 2009

inilah akibatnya...

Mlm ni aku t'pkse tidor lwt lg..nk siapkn 1 jer g asgmnt..cmne nk wat laporan sesi ni..aku dh blurr dh..duhai cahaya mataku, diharap dikau b'sbr ye..(cahaya mataku merupakan nme aku jge..translate drp bhs Arab..he3).

Inilah akibatnya ske menangguhkn kje..aku t'pkse menerima kesan akibat sikap burukku ni..sedor pn diri tu..ha3..dh tu, ape tunggu lg..p la wat kje..syoh2...

Ok, jap3..sblom 2 aku nk wish epi bfday 2 abgku syg..hmm...nk nyanyi sket la..testing mike, one 2 three..

hepi besday to u..
hepi besday to u..


hepi besday to Abg Man..
hepi besday to u.

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan Abg Man..
Allah selamatkan kamu..

mcm sdp je kek 2..aku mmg ske mkn kek ni..nyam2..kek ni leh tgk jer la sbb bkn kek btl pn..just gmbr je..hu3..t'liur la plak..nk g order la kek ni..leh mkn puas2 :=)


wish u:-

  1. nik nk ucapkn slmt ari lahir kt abg Man..even, abg man x bce apa yg nik tulis ni tp nik nk abadikn tarikh keramat ni dlm blog nik.
  2. nik doakn semoga Abg Man dipanjangkan umur, murah rzki, bisness makin maju..InsyaAllah..
  3. nik nk ucapkn byk2 time kaseh sbb tlh byk b'korban bkn shj utk nik tp utk adk b'adk yg lain..tnp bantuan & sokonganmu nik x mungkin b'ada di sini..tq so much..

luv u 4ever..

thanks a lot

blog 1Kab

Salam...tahniah kpd peserta yg b'jaya m'hasilkan blog rasmi KAB dlm masa yg singkat...bkn sng nk buat blog ni..so, itu satu kelebihan la yg ada pd diri peserta2 ni..tahniah diucapkn sekali lg..
Presentation dibuat pd:-
tarikh: 13/10/09 (Selasa)
masa: 9.00-11.00 mlm
tempat: bilik JMK KAB
Alhamdulillah, semuanya b'jln lancar..peserta yg sempat present hasil ciptaan blog mrk ialah seramai 6 org peserta..yg selebihnya akn present esk pd masa dan tempat yg sama..InsyaAllah..moga2 program ini dpt b'jln dgn lancar..AMIN...

Saturday, October 10, 2009

bukan senang nak senang....

Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.

Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.

2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.

Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.

3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.

Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.

Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.

Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.

Monday, October 5, 2009

Kalau kuasa tuhan sentiasa berada di hati

KALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa di hati
Kebesaran-NYA memenuhi hati manusia
Nikmat-NYA dan rahmat-NYA..
sentiasa hati terasa malu
dan malu menerimanya

Iradah Tuhan itu terasa oleh hati ia pasti berlaku
Qahhar dan Jabbar-NYA
sentiasa mengerunkan hati manusia
Balasan dan hukuman-NYA
bila bila boleh berlaku
terhadap hamba hamba-NYA

Hati benar benar rasa kecut dan menakutkan
Gementar dan mengeletar hati merasakan
Apakah hati macam ini boleh di lalaikan?
Apakah hati begini boleh di tipu daya oleh nafsu dan syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi oleh dunia dan nikmanya?
Sudah tentu tidak,sekali lagi tidak
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara
Tuhan akan menjaganya,
Tuhan akan memeliharanya
Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan
Lalainya tiada,kecuali sedikit sahaja
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul
Inilah di katakan hati(jiwa)
yang hidup dan jaga
Jagalah hati dan jiwa
jangan sampai dia mati

Atau jagalah dia....
jangan sampai dia buta

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH – SURAH

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

· Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

· Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

· Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.

· Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya

· rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

· Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.

· Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

· Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

· Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

· Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

· Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.

· Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

· Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

· Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

· Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

· Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.

· Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

· Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.

· Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

· Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.

· Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

· Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

· Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

· Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)

· Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

· Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)

· Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.

· Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

· Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

· Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

· Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

· Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan

kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

· Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.

· Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

· Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

· Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

· Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.

· Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)

· Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

· Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)

· Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

· Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.

· Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

· Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)

· Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

· Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

· Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

· Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.

· Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

· Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

· Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)

· Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

· Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.

· Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

· Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.

· Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)

· Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)

· Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.

· Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

· Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

· Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

· Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')

· Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)

· Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

· Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."

· Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

· Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

· Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

· Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.

· Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

· Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.

· Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.


Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab

hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

· Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)

· Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat

'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"