Semalam aku pergi ke fitness test untuk pergi Gunung Tahan..kalau aku terpilih kali ni bermakna ini merupakan kali kedua aku mendaki gunung..aku harap aku terpilih untuk xpdc pada kali ini. Tapi bila ada seorang sahabat yang tidak meyakini kebolehanku, aku tercabar..Mungkin sahabat ini tidak tahu karakter diriku sepenuhnya dan aku juga tidak pernah memberitahunya bahawa aku pernah menjejak kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Tapi biarlah rahsia...Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu aku pernah ke sana. Aku rasa dia tidak perlu tahu...Sedikit sebanyak aku tercabar dengan ketidakpercayaannya terhadap kemampuan diriku..Akan aku buktikan padanya...Mungkin kerana aku perempuan, dia tidak mempercayainya...Tapi biarlah, hanya aku yang tahu perihal diriku...
"Usaha tangga kejayaan dan mind set adalah perkara paling penting".

Jika kita meletakkan mind set bahawa kita mampu melakukannya maka InsyaAllah kita akan cuba membuat yang terbaik untuk mencapai apa yang dihajati. Kekuatan fizikal dan mental adalah penting untuk mendaki gunung tersebut. Jika kita hanya kuat dari segi fizikal sahaja tidak mencukupi sekiranya keyakinan diri kurang. Jadi kedua-duanya adalah penting kerana ia saling berkait. Mulai sekarang aku akan cuba membuat latihan supaya aku terpilih untuk menyertai xpdc pada kali ini.
Pada mulanya aku tidak sempat menulis nama di memo yang ditampal di foyer KAb. Aku agak terkilan kerana tidak sempat berbuat demikian. Malah aku tidak sempat melihan memo yang ditampal di foyer kerana aku berada di kampus sepanjang hari dan apabila aku pulang ke kolej, aku mencari-cari memo tersebut tapi malangnya memo itu sudah ditanggalkan. Aku kecewa...huhu...Mungkin aku tidak berkesempatan untuk menyertainya...Sekali lagi aku terKECEWA... Dan bagaimana aku boleh menyertai fitness test ini??? Kebetulan semasa aku nak pergi ke taklimat kolej, aku ternampak Amri dan Epul kat foyer. Mungkin aku boleh bertanya kepada mereka tentang kekosongan tempat untuk pergi ke Gunung Tahan. Alhamdulillah aku diberi peluang sekali lagi untuk menyertainya. Tapi ini tak bermakna aku boleh pergi ke sana kerana sesi pemilihan belum dibuat lagi..Tunggu fitness test dan selection dibuat oleh mereka yang terlibat. Ku mengharapkan agar aku terpilih...Amin... Masa fitness test tu hanya beberapa orang pelajar sahaja yang menyertainya. Aku mendapat makluman bahawa 4 orang pelajar telah menarik diri untuk tidak menyertainya. Mungkin mereka tidak sanggup menyahut cabaran ini atau mungkin juga mereka mempunyai hal lain yang ingin dilakukan semasa cuti raya cina nanti. Think positive Aini...
Semasa sesi pertama hanya ada 3 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Semuanya terdiri daripada pelajar Sem 1 dan hanya aku seorang sahaja Sem 6. Tapi aku tidak berasa kekok kerana aku sudah mengenali mereka. Buat biasa sajalah..nak malu apa kan..Aku kan senior..hehe..(Oppssss...jangan riak Aini, tak baik tau...) kami diarahkan untuk berlari mengelilingi kolej sebanyak 2 pusingan, sama juga seperti latihan untuk ke Gunung Kinabalu yang lepas. Kali ni larianku agak perlahan kerana aku sudah lama tidak membuat kerja-kerja sebegini...hehe...nampak sangat malas nak bersenam...ada aktiviti baru nak lari..Hmm..kalau macam ni layak ke aku nak join xpdc ni...Aku mencatatkan masa 11 minit 13 saat...mana taknya, semasa berlari-lari tu aku sempat bersembang dengan Ustaz Rosli dan sape-sape je yang aku nampak...Aini...Aini...tak habis-habis nak menegur orang walaupun ada perkara penting nak dibuat...mungkin inilah tabiatku yang suka bertegur sapa di mana jua berada...haha...macam iklan Digi la pulak...
Seterusnya datang lagi 2 orang candidate untuk diuji bakat...haha...macam nak buat selection untuk anugerah bintang-bintang la pulak..mereka adalah sahabatku yang turut menyertai xpdc menawan Gunung Kinabalu...Gee dan Sofie..Mereka mencatatkan masa yang lebih baik daripadaku..tahniah ye...
Xpdc ini dijangka akan dibuat semasa cuti raya cina iaitu 13-21 Februari. Aku perlu korbankan masa cuti ku jika aku ingin menyertai xpdc ini tapi aku lebih suka menghabiskan masaku di sini daripada tidak membuat apa-apa di rumah.
So, aku perlu meluangkan masa pada waktu malam untuk membuat latihan sebagai persediaan untuk ke sana. InsyaAllah aku yakin dengan kemampuanku..Aku akan berusaha sedaya upaya untuk memantapkan stamina..Aku perlu kuat..ya..aku perlu kuat...Aini boleh!!!
Daripada banyak-banyak benda yang aku bebelkan di atas ni, aku dapat la buat 'THE MORAL OF THE STORY' sikit yang boleh dikongsi bersama...

- Semangat dan usaha tangga kejayaan. Apa jua keadaan diri kita (maksud aku keadaan fizikal), yang penting kita perlu kuatkan semangat kita untuk mencapainya.
- Mind set sama ada positif atau negatif akan mendorong kita untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.
- Sesuatu yang diinginkan akan tercapai sekiranya kita berusaha lebih dan YAKIN dengan diri kita. Hanya kita yang tahu bagaimana diri kita..Orang lain tidak tahu apa yang tersirat di hati kita melainkan diri kita sendiri. Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah....

No comments:
Post a Comment