Tetapkan matlamat anda..Ke mana hala tuju anda selepas ini...
Apa itu matlamat?? Adakah ia penting untuk menentukan KEJAYAAN seseorang itu?? Ya..matlamat adalah penting dan perlu ditetapkan sebelum kita mencapai apa yang dihajati. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda inginkan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat yang tetap hidup kita akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari. Kita perlu ingat bahawa matlamat akan memandu kita ke arah mencapai impian kita. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu kita perlu menetapkan matlamat terlebih dahulu.
'Imagination is power than knowledge''Einstein'
Ya, tepat sekali...imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Ini kerana impian akan mendorong kita ke arah tindakan yang akan dibuat. Bagaimana ingin mencapai impian tersebut? Semestinya ia memerlukan kegigihan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan yang diimpikan..
Apa matlamat anda?? Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan kita. Kita hanya mampu berusaha untuk mencapainya dan jika kita mempunyai matlamat sudah tentu ia menjadi pemandu arah untuk kita mencapai impian tersebut. Sekiranya hidup seseorang itu kosong tanpa matlamat hidup, nescaya suatu hari nanti dia akan menyesal dan akan mengungkit tentang masa lalu. Mungkin dia akan mengatakan 'kalaulah dulu aku rajin...mungkin sekarang aku tak jadi seperti ini'...Inilah tabiat dan perangai kita yang suka menggunakan 'kalaulah...'. Oleh itu, saya berpesan kepada kawan-kawan semua dan juga diri saya sendiri untuk tidak mengamalkan sikap ini. Tetapkan matlamat dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Jika kita rajin berusaha, sudah pasti kejayaan itu milik kita. InsyaAllah..

Pecutan akhir...ke garisan..sedia...mula...

No comments:
Post a Comment